Kelaziman mengikut budaya Mana

Di Hawaii dan Tahiti

Kedua-dua bangsa serumpun ini percaya mana boleh muncul secara dalaman mahupun luaran. Mana ini difikirkan boleh terliput dalam pekarangan tertentu seperti puncak gunung ataupun pulau.

Orang Hawaii juga percaya mana itu boleh diraih dan dihilangkan daripada perbuatan dilakukan seseorang (pono)- mana ini dipercayai datang daripada dua jalan; memenuhi nafsu mahupun tindakan ganas.

Di New Zealand

Mana dalam konteks budaya Maori peribumi New Zealand difahamkan sebagai kuasa dan wewenang rohani yang jauh berbeza daripada "ihi" iaitu kuasa fizkal dan semula jadi.[2] Takrifan lain turut meliputi status, pengaruh, martabat dan penghormatan daripada dewa-dewi atau atua.[3][4]

Orang Māori percaya bahawa mana seseorang terdiri daripada dua tiang utama iaitu kekuasaan didasarkan salasilah (whakapapa) atau mana tangata, dan kekuasaan didasarkan kekayaan yang mampu diberikan untuk mempertanggungjawabkan penerima (having a wealth of resources to gift to others to bind them into reciprocal obligations) atau mana huaanga.[5]

Masyarakat New Zeaaland moden kini lebih melihat "mana" merujuk kepada perwatakan tinggi seseorang atau kelompok yang dipandang bermasyhur (person or organisation of people of great personal prestige and character).[6]